Monday, June 15, 2009


(Nur Adliyana Safiyyah bin Mohd Shaiful anak buah aku yang merupakan generasi akan datang yang akan mengahadapi situasi ini jika keadaan ini berterusan)

apa aku nak mencarut ya malam ni. bosan la! erm, tempat tidur aku tingkat 2 katil atas..bawah aku epal, blakang katil miki, bawah miki din besa. tu bukan masalahnya, aku nak mencarut tentang hutan kat belakang rumah aku ni. masa mula-mula masuk kehijauan hutan ni memang agak tenang la kalau nak dibandingkan dengan kawasan lain di sekitar bandar dan dapat dibandingkan jika hang pa dari Pucong utama melalui nak ke Pulau Meranti. apabila di separuh perjalanan bahang kepanasan bandar dan kampong akan terasa. memang tinggi peratus perbezaannya macam langit dan bumi. nak cakap bandar panas memang la sebab macam-macam ada kat bandar tu. hang pa takkan dapat rasa angin ala-ala kampung kat bandar tu. sebab macam-macam dah ada kat dalam udara kat bandar dan udara tu mengandungi pelbagai-bagai jenis racun yangg boley membuatkan hang pa sakit. nak tau? googles sendiri la..wikipedia ke.. jadi rajin membaca la..saja suap bulat-bulat dah bagi rokok usaha lah apinya nak bakar. kalau tak, masuk angin rokok tu(merokok merbahaya untuk kesihatan)

berbalik kat rumah aku ni. setiap kali aku tidur aku akan menghadap tingkap dan akan dibuka luas luas tingkap tu supaya angin sejuk masuk ter masuk air hujan kalau time tidur hujan lebat dan epal akan marah-marah sebab dia akan kena air hujan lebat tu. aku tak kena sebab aku tidur atas.. air terus direct kat muka epal gile kool tengah tidur lena mimpikan mariah careh pastu terjaga. tengah climax ngan mariah carey pulak tu. macam nak tendang je katil atas tu kan epal..haha..jangan! melambung aku nanti. erm, dulu bila aku lihat ke luar tingkap akan kelihatan warna-warna hijau bumi dan sekarang semakin berkurangan warna hijau itu. aku cuma mampu berfikir adakah lagi warna hijau itu pada 10 tahun akan datang? 20 tahun akan datang? semakin tua usia kita semakin banyak pembangunan dan semakin banyak pembangunan semakin kurangw arna hijau bumi. bilakah ini semua akan berhenti? bagi aku ia takkan berhenti sampailah kiamat. sebab sifat manusia yang tamak itu akan terus membolot hasil bumi dan menginginkan kemajuan meninggalkan episod hijau ini terus. hijau hanya tinggal nama dan generasi 100 tahun akan datang hanya dapat menikmati hijau warna Luna, hijau crayon dan hijau potoshop dan sebagainya. amat menyedihkan!

beberapa hari lepas aku dikejutkan dengan bunyi-bunyi raksasa. selalunya aku hanya dikejutkan dengan bunyi azan, orang mengaji dan sebagainya kerana masjid di belakang hutan rumah aku ni(bukan rumah aku pon hostel je). aku lihat kelihatan raksasa pemusnah yang terdiri dari bekho,kapal korek, bedozer apa lagi bahasa yang orang paham. maaf la kalau hanpa tak paham..hehe..sedikit demi sedikit pokok tumbang meratapi bumi kalau lah ia boley berkata-kata. tak dapat digambarkan. dan kini ia jadi seperti padang jarak padang terkukur. sedih! itulah perasaan aku.

bila melihat air yang coklat,kuning, oren mengalir melintasi jalan apabila/selepas hujan lebat amatlah menyakitkan mata apa lagi hati yang tidak dapat dilihat ini. kesakitan ini tiada siapa yang paham. diri sendiri je yang dapat memahami perasaan hati ini. air keruh yang mengalir melintasi jalan selepas hujan lebat itu lah kesan akibat penebangan pokok-pokok itu. turut mencemarkan sungai yang bersih kalaulah sungai itu masih bersih dan ini berlaku semuanya berpunca dari korporasi-korporasi besar yang rumah mereka mereka jauh di tempat tiada manusia tinggal. lalu bermulalah operasi mencari keuntungan, mencari lokasi untuk projek setan baru mereka yang kesan-kesan projek setan mereka itu akan dirasai oleh penduduk kampung sekiling. kampung juga dijadikan mangsa kemajuan kononnya. penduduk kampung yang terlalu dahagakan kemajuan itu akan tertipu dan tergadailah kehijauan kampung asalnya. hijau! hijau! stay hijau! love hijau!




rugi beb kalau hang pa tak pegi! aku dah rugi sebab memang tak dapat pegi nye...

bikepunks!



sial! aku nak je bawak beskal aku kat kampung..eh, beskal adik aku..aku mana ade beskal dah..dah hancur da pon beskal aku..alangkah indah bila reramai kawan-kawan naek beskal cam ni kat town K HELL ni..
enjoy!

video cannot upload!

so...no more video acoustic from POH...so sad!

Monday, June 8, 2009

Full Pledge Munkess(SG) diganti oleh Plaque of Happiness (POH)..dan dibawah ada video yang rare dan DIY layan je..sebab tak pernah ada lagi versi unpludged dari POH...

Nas dan Azmal yang menjayakan gig ini...


SIARAN TERGENDALA ATAS SEBAB2 TEKNIKAL NANTI AKU UPLOAD LAIN,
SO...TIADA LAGI VIDEO BUAT MASA INI...