Saturday, June 4, 2011
Pantai Timur...
ikhlaskan hati...susah nak ikhlaskan ni..*
[1] Jarang kecewa terhadap dunia. Orang ikhlas tidak mengharapkan apapun dan dari siapapun. kenikmatan baginya bukan dari mendapatkan, tapi dari mempersembahkan. Sebaliknya, orang yang tidak ikhlas akan banyak kecewa dalam hidup, karena banyak berharap dari makhluk.
[2] Tidak pusing dengan penghargaan. Baginya orang ikhlas dipuji atau dicaci sama saja, asalkan apa yang ia lakukan benar caranya dan lurus niatnya.
[3] Tidak membeda-bedakan amal besar dan amal kecil. Orang ikhlas tidak sibuk melihat besar kecilnya amal. Ia hanya sibuk dengan apa yang disukai Allah. Tidak ada yang kecil di hadapan Allah. Yang kecil hanyalah amal yang tidak ikhlas.
[4] Nikmat berbuat amal. Kebahagiaannya bukan dari mendapatkan pujian, namun dari optimalnya amal. Karena itu, orang ikhlas akan tangguh dan istikamah dalam ibadah.
[5] Tidak menonjolkan "bendera". Orang ikhlas tidak berjuang untuk satu kelompok tertentu. Ia berjuang hanya untuk Islam. Kelompok/bendera hanyalah sarana/alat untuk mencapai tujuan.
[6] Tidak ditipu setan. Allah SWT mengabadikan ucapan Iblis dalam Alquran. "_pasti aku akan menyesatkan mereka (manusia) semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas" (QS Al Hijr [15]: 39-40). Wallaahu a'lam.
"Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan beribadah secara ikhlas kepada Allah dan berpegang teguh kepada Allah."
Surah al-Bayyinah:5
"Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan pahala amal sedekah kamu dengan perbuatan mengungkit-ungkit dan berkelakuan yang menyakiti seperti rosaknya pahala sedekah orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk (kepada manusia iaitu riak)."
Surah al-Baqarah:264
Abu Hurairah berkata, "Saya pernah mendengar RasulAllah berkata, 'Orang yang paling awal diadili pada hari Kiamat nanti adalah:
Pertama, orang yang mati syahid. Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian, Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'
Orang itu menjawab, 'Saya berperang kerana patuh kepadamu sehingga saya mati syahid.'
Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu berperang supaya digelar sebagai seorang yang berani. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'
Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
Kedua, orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan mengajar serta membaca Al-Quran. Dia dibawa ke muka pengadilan. Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'
Orang itu menjawab, 'Saya menuntut ilmu dan kemudian mengajarkan ilmu itu kepada orang lain serta membaca Al-Quran kerana patuh kepadamu.'
Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu belajar supaya digelar sebagai ilmuwan dan kamu membaca Al-Quran supaya digelar orang yang pandai membaca Al-Quran. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'
Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
Ketiga, orang yang Allah berikan hidup selesa dan pelbagai jenis harta. Dia dibawa ke muka pengadilan. Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?'
Orang itu menjawab, 'Saya selalu mendermakan harta saya kerana patuh kepadamu.'
Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu menderma supaya digelar sebagai dermawan. Dan sememangnya kamu digelar begitu.'
Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
"Mereka hanya bertujuan menunjuk-nunjuk sembahyangnya kepada manusia supaya disangka mereka orang yang beriman, sedangkan mereka pula tidak mengingati Allah dengan mengerjakan sembahyang melainkan sedikit sekali."
Surah an-Nisa':142
http://cahayapetunjuk.webs.com/apps/blog/show/5186922-ikhlaskan-hati-